Take 5, Breaking NewsNovember 11, 2009 3:52 am

Last day at Business Formula on friday, i got 2 offers coming. One fr Scomi for their 3rd phase which i joined last year and another is ISS consulting which hunting me morning to night. Scomi gives good monthly for 3 months but so do ISS only one month maybe continuous.

Last time after leaving Scomi, i got no job for 1 month due to economic crisis and no head hunter approach. Scomi is only a client but ISS is a consultancy which can provide more opportunity. Need to give feedback by evening or will loose one more day or both either.

Later I made up my silly mind to join ISS… Is that a good decision or another disaster. So welcome back to contracting world.

Family, Take 5September 17, 2009 5:15 am

Salam,

 

 

Selamat hari raya AidilFitri pada semua rakan2 yang beragama Islam di Malaysia, Indonesia dan seluruh dunia…

Sabtu ni balik kampung kat Semanggul dan Kuala Kangsar…. Selasa dah balik sebab Rabu nak kje..

 

Take 5 5:12 am

Salam,

 

Tinggal esok untuk berada di tempat client kat sebelah LCCT ni, hari dapat lagi pecahkan rekod …57 minit dari Batu Caves ke LCCT. Cuma kat exit Subang je jem sikit … apepun tinggal esok aje …

Sempat snap gambar dan video kapal terbang berlepas dan mendarat beberapa hari ni …nanti akan upload kat sini 

Take 5September 14, 2009 2:13 am

Salam,

Tinggal 4 hari berada di tempat client LSG kat sebelah LCCT. Dan hari ni berjaya pecah lagi rekod baru seperti yang tertera di atas…. lebih 3 minit dari rekod lame. Mungkin kurang jem kat exit NKVE PJ dan Subang kot…

Rase tu saje . Tak de lagi rekod baru dalam 4 hari tu nanti …. 

Storey about my Fren, Take 5September 5, 2009 2:48 am

Salam,

Semalam buka puasa bersama geng x-Teliti AG di Restoran Bayou, Alamanda.

Take 5September 3, 2009 6:42 am

Salam,

Semalam sudah mula naik motor gi kerja. Sampai LCCT selama 1 jam 20 minit lalu Sungai Besi-Maju Express-Exit Tol Plus Cyber/Putrajaya . Minyak motor dah blink2 sebelum tol Putrajaya…Ooo….so masuk Putrajaya Presint 9 untuk isi minyak. Hari ni bawak motor lagi … lalu NKVE terus ke KLIA dan sampai 1 jam 5 minit ke kaunter sekurity. Bukan ke rekod di cipta untuk dipecahkan …. 

 

 

Take 5August 28, 2009 11:50 am
Salam,
 
Semalam start bawak motor setelah 16 tahun ambik lesen kereta.
Dulu dapat kereta lepas tu 6 bulan dapat lesen, kali ni dapat motor lagi 2 hari baru dapat lesen.
Kenapa 16 tahun ? Ape salah ke ? Cuma nak tukar angin aje… mungkin lagi 15 tahun ambik PSV/GDL kot…
 
 
 
 
 
 
 
Take 5 7:26 am

Salam,

Hari ni seperti yang dijanjikan sepatutnya ambik lesen L untuk bawak motor keluar dari Batu Caves(motor dah ade kat rumah)… tapi telepon tak berangkat… tunggu kat ofis tak sampai2 … Ape la MetroDriving Gombak ni … tak professional langsung … kalau ade hal cakap la awal2 … dari tadi telepon sampai sekarang masih tak angkat2 … Kecewa lagi di bulan Ramadan ….

Take 5August 27, 2009 8:12 am

Salam,

semalam kete aku pun sekali kene langgar kat pasar borong selayang dek motorsikal yg penunggang dok pandang tempat lain… sebelah kiri belah belakang … sambil dia angkat tangan dan terus blah .. aku tak dapat kejar sebab kete banyak lalu kat simpang …dan sebelum sampai kat sebelah LCCT kat roundabt … sekal lagi ade kereta nak langgar sbb tak alert … 2- 2 kes aku dah potong dulu dan jalan tak de banyak kete tapi pemandu tak reti nak guna site mirror atau pandang kanan … 

so kesimpulannye berhati2lah kalau aku lalu sebelah …  

Banyak citer la 2-3 hari ni ….

Petang ni mungkin debut untuk naik motor dan esok baru dapat L… 

Family, Take 5 8:08 am

Salam,

Semalam gi imigresen buat passort untuk anak2. Bila sampai ke kaunter bayaran .. terpaksa balik awal untuk kerja la … dah lambat ni … hari ni sampai kat imigresen diberitahu dia orang terswitch gambar …so passport salah gambar … semalam dah check banyak kali tapi still jadi gak .. aduh … tunggu lagi 20 minit baru la siap ..ingat lame lagi atau ade kos tambahan …

 

 

General, Take 5August 22, 2009 11:23 am

Salam,

Lagi beberapa minit untuk berbuka… Diucapkan Selamat berbuka puasa pada hari pertama dan seterusnya. Moga puasa anda diterima.. 

Travel, Family, Storey about my Fren, Take 5August 21, 2009 3:00 am

Hari Pertama

 

Seminggu sebelum berpuasa, saya bersama keluarga sempat bercuti ke Langkawi. Percutian yg dirancang sebulan sebelum memang tiada dalam perancangan. Pendakian bersama latihan teknikal ke Gunung Cantik dan Centok terlepas dilepaskan kerana persamaan masa.

 

Penerbangan AK5332 ke Langkawi adalah pukul 9.30 malam dan kami tiba sejam kemudian. Saya sekadar merancang menyewa hotel tanpa menyewa kereta kerana mengetahui banyak kereta sewa di sini. Namun akibat kelewatan, maka saya cuma berjaya menyewa kereta Iswara pada harga RM150 selama 3 hari setelah tawar menawar. Apabila memasuki ke perkarangan AB Motel di Pantai Chenang, didapati kaunter tutup setengah jam awal dan terpaksa mencari hotel lain. Kami bernasib baik bila berjaya mendapatkan resort bersebelahan iaitu Laggura Baron Resort dengan kadar Rm130 sehari. Kami segera bersiap dan tidur untuk memulakan perjalanan esok yang juga tidak dirancang.

Belakang tu tempat kita bermalam 

Hari ke-2.

 

Sarapan di sini di depan Underwater 

Hari ini saya bangun lewat. Kami sarapan sambil makan tengahari dan merancang ke UnderWater. Sebelum tiba kami sempat ke kedai bebas cukai membeli coklat. Tiba di UnderWater, didapati tiket dewasa adalah RM38 manakala kanak2 RM28. Belanja yang besar menyebabkan kami terlepas ke destinasi seterusnya. Tetapi terdapat seseorang yang menjual tiket potongan harga dan membenarkan kanak2 masuk. Kami akhirnya dapat masuk dengan harga keseluruhan RM68. Tiba di dalam, terdapat binatang2 seperti burung, ikan dan lain2. Kami melalui laluan penguin dan anjing laut. Selepas turun tangga, terdapat terowong kaca yang didiami oleh beberapa ikan pari gergasi. Kami sempat bergambar di sana. Selepas tu kami berjalan ke depan lagi dan kelihatan ikan dan bentuk binatang ganjil terletak di dalam akuarium. Pada pukul 1 tengahari terdapat tayangan wayang berkenaan haiwan2 yang terdapat di Malaysia. Sesungguhnya banyak pengalaman yang dikutip sepanjang memasuki Underwater ini.

 

 

 

 

Dalam Underwater 

 


Video Penguin vs Ika 

Setelah keluar dari Underwater, kami bergegas ke Makam Mahsuri yang terletak di tengah pulau berpandukan peta yang diberikan. Kami masuk dengan bayaran keseluruhan RM16 dan melalui balai sejarah Mahsuri tetapi tidak dibenarkan bergambar. Di sebelah balai ada persembahan irama Malaysia. Kami singgah bergambar di rumah, telaga serta mini zoo. Terdapat beberapa penambahan dan pembaikan di sini. Selesai di Makam Mahsuri, kami daftar masuk di Hotel AB Motel kerana pembayaran awal sudah di buat. Saya sempat membuka komputer riba jika ada kerja2 pejabat yang tertangguh untuk disiapkan. Dalam 5.30 petang, kami bersiap untuk mandi di pantai yang tidak jauh dari bilik. Anak2 riang mandi manda dan bermain pasir. Sebelum malam menjelang, kami balik ke bilik dan bersiap untuk solat.

 

Telaga Mahsuri 

 

Rumah Mahsuri yang dah beberapa kali diubahsuai 

Selepas solat kami bergerak untuk makan malam. Kami makan oblong burger dan chicken cop di kedai berhampiran. Selesai makan, kami singgah ke Pekan Kuah untuk pertama kali sambil membeli sedikit coklat di salah satu Kedai Haji Ismail yang mempunyai banyak cawangan berhampiran. Kami pulang ke AB Motel dan rehat untuk perjalanan keesokannya.

 

Hari ke-3

 

Beli belah di Beras Terbakar 

Kami bergerak awal untuk sarapan dan menuju ke Pekan Kuah. Sebelum ke Kuah kami singah dahulu ke Beras Terbakar. Di sini terdapat banyak kedai dan kami membeli pakaian menarik terutama jenis Glow yang bercahaya pada waktu malam.

 

Coklat yang dibeli 

Sejam di sana, kami singgah ke Makan Purba sebelum sampai ke Pekan Kuah. Tujuan utama ke sini adalah mengambil kupon untuk menaiki kereta kabel di Gunung Mat Chincang. Kalau ke kaunter sana harga mahal namun apabila mendapat kupon di SyahKawi Holiday di Jeti Kuah, harga adalah 60 peratus dan mendapat diskaun separuh harga untuk kanak2 apabila membeli tiket di sana. Dalam perjalanan kami singgah di Masjid untuk solat dan membeli coklat lagi di kedai bebas cukai.

 

Main go-kart jap… 10 minit je 

Lebih kurang pukul 3.30 petang kami daftar masuk pula di Twin Peak Resort yang terletak satu kilometer  dari pekan Kuah di jalan utama. Kami sekadar meletakkan barang dan bergerak menuju kereta kabel melalui Pantai Chenang. Sebelum sampai lapang terbang, kami singgah untuk saya bermain go-kart selama 10 pusingan dengan kadar RM37. Selesai go-kart kami teruskan perjalanan. Saya sempat mengambil gambar di kawasan bot sebelum sampai di bawah kaki kereta kabel. Suasana persekitaran sangat menarik dengan terdapat beberapa jambatan, tasik , haiwan2 serta kedai cenderamata. Perjalanan menaiki kereta kabel tidak lama. Kami tidak berhenti di hentian pertengahan sebaliknya terus ke atas. Kelihatan di kanan laluan plank didirikan sementara di kiri pemandangan laut dan gunung serta kelihatan bot2 yang kami lalu tadi.

 

 

 

 

Atas kat puncak Mat Chincang 

Sebaik sampai, untuk ke laluan plank tadi kami perlu turun ke bawah. Di sini agak memenatkan dan ada yang gayat untuk sampai ke penghujung plank. Kami bergambar di sekitarnya sebelum naik semula. Hanya saya dan Zulaikha naik ke atas pada ketinggian yang sudah tertulis iaitu 710 meter. Hari Jumaat sehingga Ahad, tempat ini ditutup pada pukul 7 malam dan kami turun 20 minit sebelum tutup. 

 

 


Aku budak gayat 

 

Belakang tu adalah paling tinggi dengan ketinggian 710 meter 

Sebaik sampai di Hotel, kami solat Maghrib sebelum keluar lagi ke pasar malam untuk membeli makan malam. Kami membeli putu mayong, pulut campur durian, nasi arab, dan keropok lekor. Sebaik selesai, kami pulang ke hotel dan mandi kolam pula sampai pukul 10 malam. Anak2 mandi puas lagi dan di arah makan sedikit dan tidur awal memandangkan waktu pagi esok perlu ke Pantai Chenang lagi.

 

Mandi kolam di hotel Twin Peak 

Hari Pulang.

 

Jeti untuk pusing pulau 

Kami bangun awal dan sarapan di hotel. Kami bergerak ke Panai Chenang menunggu bot sampai. Harga bot adalah RM30 dewasa dan kanak2 RM20 maka jumlahnya RM110. Kalau di Syahkawi Holiday harga adalah agak mahal. Sebaik sampai kami diarah ke jeti berhampiran Awana untuk pusing pulau atau Island Hopping. Kami kurang persediaan dan membawa banyak barang. Di dalam bot terdapat beberapa orang Eropah dan orang tempatan termasuk 2 rakan melayu. Bot membawa kami ke Pulau Dayang Bunting, Di pertengahan jalan bot berhenti dan menunjukkan disebelah kiri terdapat bukit berbentuk seorang wanita yang sedang hamil. Maka yang berkamera mengambil gambar tersebut. Kami bergerak lagi dan tiba di jeti untuk mandi dan diberi masa selama sejam. Di sini berlaku perkara yang tidak diingini dimana isteri saya telah diragut beg tangan. Mujur cuma ubatan yang diambil dan saya berjaya merampas semula tapi peragut hanyalah seekor monyet dari beberapa ekor lagi. Terdapat banyak monyet yang agak agresif. Pernah diberitahu ada yang pernah kecurian barang terutama yang membawa plastik. Laluan kami perlu naik dan turun untuk sampai ke tasik. Terdapat ramai manusia di sini dan kami sempat mandi. Terdapat kolam ikan keli dan kolam untuk kanak2. Di kolam ikan keli kami boleh meletakkan kaki sampai dikelilingi oleh ikan2 yang agak manja.

 

 

Pemandangan Dayang Bunting 

 

 

 

Mandi di Tasik Dayang Bunting dan letak kaki dalam kolam 

 


Video di Tasik Dayang Bunting 

Sebaik naik bot kami, kami dibawa ke satu kawasan di mana terdapat banyak sekumpulan helang. Sekali sekala helang2 ini akan turun ke laut untuk menangkap ikan. Setelah 10 minit, kami bergerak ke satu pulau dan berhenti di pantai yang diberi nama Beras Basah.

Kawasan banyak helang 

 

 

Mandi tepi pantai Beras Basah 

Di sini kami mandi sehingga pukul 1 tengahari. Ada masa hujan turun. Saya dan beberapa rakan sempat menjumpai seakan gamat yang berbentuk semi bulat berwarna hitam tetapi diberitahu gamat adalah berwarna kelabu.

 

Kami kemudian pulang ke jeti. Di jeti terdapat gambar kami diambil pada awalnya dan diletak pada piring sebagai cenderahati lalu dijual satu RM10. Kami membeli dan terus ke masjid untuk menukar pakaian dan solat. Kami kemudian bergerak dan makan di sebelah Daratan Helang di Jeti Kuah. Habis makan kami bergambar di Dataran Helang yang mempamirkan patung helang yang terkenal di Langkawi. Oleh kerana terdapat masa yang banyak maka kami singgah di satu kompleks berhampiran Grand Continental Hotel dan membeli coklat lagi.

 

 

Bergambar di Dataran Helang 

 

Makan Chendol di sebelah lapangan terbang dan tengok pemandangan laut dan kereta kabel 

Apabila petang kami pergi ke pantai di sebelah lapangan terbang untuk makan cendol dan menikmati pemandangan petang dan melihat kereta kabel. Kata orang tempat ni popular juga. Kami juga makan laksa yang juga sedap.

Masa untuk balikkk… 

Sebelum ke lapangan terbang untuk balik, kami menyusun barang. Kereta yang kami sewa ditinggalkan di tempat letak kereta sementara menanti pemiliknya muncul. Kami tunggu lagi dan masuk ke kaunter. Di dapati penerbangan pulang telah ditunda sejam dan saya terpaksa menelefon abang saya untuk memberitahu kelewatan yang tidak diundang. Sampai di LCCT anak2 sudah tidur dan terpaksa dipapah salah seorang. Kami tiba di rumah pada pukul 2 pagi. Sekian perjalanan saya kali ini. Percutian ke Langkawi ini adalah yang paling indah kerana kami mengelilingi pulau dan membuat bermacam2 aktiviti bersama. Di lain masa kami ingin pergi jauh lagi ke percutian yang lebih menarik dan menggembirakan.

 

Sekian.